RSS
Hello! Welcome to this blog. . blog ini akan cube menyediakan pelbagai jenis files untuk tatapan semua..Sharing is caring right??. Article, software, video dan wallpaper yang menarik boleh didapati di blog ini..

Dosa Besar


DARIPADA Bakrah bin Nufai' bin Al-Harith r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Mahukah kamu aku khabarkan tentang sebesar-besar dosa yang tiga?" kami menjawab : "Baiklah, ya Rasulullah".

Baginda bersabda: "Iaitu syirik kepada Allah, derhaka kepada dua orang tua." Ketika itu Baginda bersandar kemudian duduk dan bersabda lagi : "Ingatlah ucapan dusta dan saksi palsu." Baginda mengulang-ulanginya sehingga kami berkata, "Semoga baginda diam." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim.)

Allah berfirman yang bermaksud: "Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar antara dosa-dosa yang dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)." (Surah al-Nisa' 4:31)

"Sesungguhnya bertaubat kepada Allah itu hanya (layak) bagi mereka yang melakukan kejahatan kerana jahil, kemudian segera bertaubat. Taubat mereka itulah yang diterima Allah. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

"Dan taubat itu tidak (diterima Allah) darpada mereka yang melakukan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seorang antara mereka, (barulah) dia mengatakan 'Aku benar-benar bertaubat'. Dan tidak (pula diterima taubat) daripada orang yang meninggal sedangkan mereka di dalam kekafiran. Bagi orang itu telah Kami sediakan azab yang pedih." (Surah al-Nisa' 4: 17-18)

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-Ash ra daripada Nabi saw, Baginda bersabda: "Dosa-dosa besar adalah mensyirikkan Allah, derhaka kedua orang tua, membunuh jiwa dan sumpah palsu." (Riwayat al-Bukhari)

Daripada Abu Muhammad Jubair bin Muth'im r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka memutuskan silaturrahim." (Muttafaq 'alaihi)

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash daripada Nabi saw, Baginda bersabda:" Di antara dosa-dosa besar iaitu seseorang memaki kedua ibu bapanya."

Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah ada seseorang akan memaki kedua ibu bapanya?" Baginda menjawab, "Ada, iaitu ia memaki ayah orang lain, kemudian orang itu memaki ayahnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 Just For U. Blogspot.
Disediakan oleh by Kome Studio.
Blogger Layouts | Bloggerized by Kome @ Copek